Apa itu Gimnastik ?
Apa itu gimnastik ?
Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), kesedaran kinestetik, ketepatan lakuan dan keseimbangan yang tinggi. Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan yang teruk.
Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola statik , pola gerak edar , pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti , imbangan, kekuatan, ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik.
Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman beramai-ramai bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu. Tamadun India dan Persia telah menggunakan senaman beramai-ramai telah mengamalkan senaman ini selepas 100 tahun dari itu Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini di kenali sebagai gimnasium. Ahli falsafah Greek yang terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan saja sebagai seni, malahan merupakan ilmu sains ke masyarakat.
Hipocrates, Gelen yang terkenal sebagai pelopor bidang perubatan telah mencipta teori mengenai gimnastik. Mereka menyatakan gimastik merupakan gerakan yang mempunyai nilai perubatan. Tamadun Roman telah menggunakan gimastik sebagai latihan fizikal dalam membina sistem kententeraan. Tentera Roman menggunakan ketangkasan menggunakan lombol yang merupakan gerakan gimnastik untuk tentera menaik dan menurun kuda. Kesannya sehingga sekarang lombo dikenali kekuda lombol. Dalam tahun 493 masihi pemerintahan Theodosius I telah menghapuskan sukan olimpik purba. Kesan peristiwa ini sukan gimnastik mengalami zaman malapnya.