Alatan Gimnastik
Alatan - Alatan Gimnastik
Seiring dengan kemodenan dunia, terdapat pelbagai peralatan gimnastik boleh didapati di pasaran. Walau bagaimanapun, tidak semua jenis peralatan yang dihasilkan sesuai digunakan terutamanya bagi kanak-kanak prasekolah.
Sukan gimnastik bagi kanak-kanak prasekolah sebenarnya banyak dipraktikkan dalam pendidikan jasmani. Antara jenis –jenis peralatan yang sesuai digunakan bagi kanak-kanak prasekolah ialah tali, belantan, bola, reben, gelong, oktagon, landing mat dan junior voulting board. Kesemua peralatan ini digunakan oleh ahli gimnastik sebenar ketika mereka menjalankan sukan gimnastik ini. Namun terdapat banyak lagi peralatan lain yang digunakan oleh ahli gimnastik namun kebanyakan alat yang lain tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak prasekolah disebabkan oleh faktor umur dan bagi menjamin keselamatan mereka.
.
Gimnastik Artistik bagi perempuan terdiri daripada empat jenis alatan:
Vault, Bars, Beam, Floor
Gimnastik Artistik bagi lelaki terdiri daripada empat jenis alatan:
Vault, High Bar, Pommel Horse, Parallel Bars, Floor, Rings