top of page
LANGKAH-LANGKAH GULINGAN HADAPAN
1. Posisi berdiri
-
Berdiri tegak menghadap hadapan

2. Mencangkung
-
Tapak kaki berada sepenuhnya di atas permukaan bagi mengawal keseimbangan.

3. Letakkan kedua-dua belah tangan di atas permukaan.
-
Pastikan kedua-dua tangan mempunyai kekuatan yang seimbang.
-
Kegagalan mengawal keseimbangan boleh menyebabkan gulingan menjadi tidak lurus.

4. Rapatkan dagu ke dada.
-
Bulatkan belakang badan bagi memudahkan proses gulingan.

5. Angkat punggung lebih tinggi daripada aras bahu.
-
Pastikan dagu kekal rapat dibahagian dada.
-
Guru boleh membantu murid dengan memegang belakang punggung dan bahagian belakang leher.
-
Guru boleh menolak ke hadapan bagi memberi momentum kepada murid semasa gulingan.

6. Membuat gulingan ke hadapan.
-
Semasa berguling pastikan kekuatan tangan adalah seimbang.

7. Selepas gulingan, luruskan tangan ke hadapan.
-
Murid perlu mengekalkan kedudukan tangan dihadapan bagi mengekalkan momentum untuk memudahkan berdiri semula.

8. Berdiri tegak menghadap hadapan semula.

bottom of page